1. Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap divaksin sebelum membuat pendaftaran.
  2. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk digunakan di Arab Saudi.
  3. Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan
    sebelum tarikh penerbangan.
  4.  Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran yang diberikan.
  5. Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika permohonan visa umrah atau visa pelancong.
  6. Memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik sehingga ke tarikh hari penerbangan.

Buat masa sekarang vaksin berikut sahaja yang diiktiraf dan diluluskan oleh kerajaan Arab
Saudi:

  • 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech / Comirnaty, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin [email protected] atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Oxford-AstraZeneca / Covishield / SK Bioscience / Vaxzevria, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak
    (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan
    pendaftaran perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Moderna / Spikevax, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech
    atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
  • 1 dos vaksin Johnson & Johnson, telah melepasi 28 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech
    atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Sinovac / Coronavac, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2.
    Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari
    sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Sinopharm / Covilo, telah melepasi 14 hari suntikan dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau
    Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari
    sebelum pengesahan pendaftaran perjalanan umrah

Tidak perlu, kerajaan Arab Saudi telah membatalkan arahan menunjukkan keputusan Swab Test Covid-19

Semua pelanggan yang berdaftar akan dicarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika memohon Visa Umrah / Visa Pelancong. Caruman ini telah termasuk di dalam pakej. Insurans ini berkuatkuasa selama sebulan dari hari ketibaan di Arab Saudi.


Sekiranya pelanggan ingin mengambil perlindungan tambahan lain, pihak syarikat amat menggalakkan berbuat demikian.

Kos kuarantin bagi pelanggan yang positif Covid-19 akan dilindungi oleh insurans yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi seperti berikut:

  • Kos kuarantin SR450 sehari bagi seorang pelanggan selama 14 hari.
  • Makan 3 kali sehari ketika kuarantin.
  • Kos hospital dan kuarantin yang melebihi perlindungan ini perlu ditanggung oleh pelanggan.

Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.

VISA PELANCONG
i) Tiada had umur
ii) Kelonggaran isu mahram
iii) Tempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan
iv) Tempoh sah Visa adalah selama Setahun
v) Kemasukan berulang (Multiple Entry)
vi) Boleh tinggal selama 90 hari
vii) Dilindungi insurans Covid-19

VISA UMRAH
i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi)
ii) Mahram perlu kepada dokumentasi lengkap
iii) Tempahan Hotel dan Kederaan PERLU dilakukan ketika permohonan Visa Umrah
iv) Tempoh sah Visa Umrah hanya 30 hari
v) Kemasukan sekali sahaja (Single Entry)
vi) Hanya boleh tinggal selama 30 hari
vii) Dilindungi insurans Covid-19

Tiada had umur untuk pengguna Visa Pelancong dan pengguna Visa Umrah had umur yang ditetapkan bermula 18 tahun dan ke atas sahaja.

Tiada lagi keperluan untuk melaksanakan PCR Test samada di Malaysia atau di Arab Saudi.

Kursus umrah akan diadakan secara berkala mengikut keperluan setiap rombongan jemaah umrah Madani. Setiap kursus yang akan diadakan akan diberitahu terlebih awal dan kami akan menjemput semua jemaah yang telah mendaftar untuk menyertai kursus umrah tersebut.


Bagi jemaah yang berada agak jauh dari pejabat Madani yang terdekat, kami akan usahakan juga agar jemaah dapat mengikuti kursus umrah sebelum jemaah terbang ke tanah suci.

Ya, InsyaAllah kami akan menggunakan penerbangan MAS sebagai penerbangan utama jemaah umrah kami l, jemaah akan menikmati penerbangan terus ke Madinah atau Jeddah tanpa transit

Simkad boleh dibeli di tempat jualan simkad yang akan ditentukan oleh Mutawwif untuk memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna setelah tiba di Jeddah kelak.


Pelanggan disyorkan untuk menyelesaikan urusan pengaktifan akaun aplikasi Tawakkalna dalam masa 8 jam selepas tiba di Arab Saudi.

Penggunaan kedua-dua aplikasi ini sekarang boleh dikatakan seolah-olah tidak diperlukan lagi, walau bagaimanapun jemaah perlu bersedia menggunakan sekiranya
diminta.

  • Tawakkalna adalah aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia)
  • Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW.
  • Pendaftaran untuk kedua-dua aplikasi ini hanya boleh menggunakan nombor telefon Arab Saudi sahaja.
  • Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan
    aplikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya.
  • Ibadah Tawaf Wada’ (selamat tinggal) dan tawaf sunat tidak dibenarkan mengikut SOP kerajaan Arab Saudi buat masa ini. Sebarang perubahan hanya tertakluk
    kepada keputusan kerajaan Arab Saudi.

 

Perkembangan situasi sekarang jemaah tidak lagi perlu menempah slot solat, umrah.
Ziarah Raudah dan juga ziarah Rasulullah. Walau bagaimanapun jemaah perlu juga
bersedia dengan kemungkinan luar jangka